Latar Belakang Pemikiran Abdullah Nashih Ulwan
BAB II
Latar Belakang Pemikiran Abdullah Nashih Ulwan
A.
Latar Belakang
Internal
Latar belakang internal adalah latar
belakang yang didalamnya meliputi: latar belakang keluarga, latar belakang
pendidikan, karya yang dihasilkan, dan karir yang dicapai.
1.
Latar Belakang
Keluarga
Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada
tahun 1928 di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau
dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan
akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia.[1]
Ayahnya Syeikh Said Ulwan adalah seorang
yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang
disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah
Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan
ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa
membaca al Quran dan menyebut nama Allah.
Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan
semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu
masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Abdullah Nasih
Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang
disegani di abad ini.
2.
Latar Belakang
Pendidikan
Dr Abdullah Nasih Ulwan mendapat
pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halib. Setelah berusia 15
tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari
ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al
Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa arab dengan baik.[2]
Semasa di madrasah, beliau menerima
asuhan dari guru-guru yang mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al
Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Beliau sangat cemerlang dalam
pelajaran dan sentiasa menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah, beliau
juga seorang yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan
mengetuai skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah
kepada masyarakat sekitar.
Beliau dikenali sebagai seorang yang
sangat berani pada kebenaran serta mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan
dakwah. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan
ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.
Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil
menengah agama yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah
pusat pengajian di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.
Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti
al Azhar pada tahun berikutnya dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakultas
Usuluddin pada tahun 1952, seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan
dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri
Majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam.
Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah
Kedortoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang
bertajuk “feqh Dakwah wa al Daeiah”.
3.
Karya Yang di
Hasilkan
Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada
penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada.
Walaupun sibuk dengan kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan
masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab
yang membincangkan pelbagai tajuk.
Di antara kitab karangan beliau yang
masyhur ialah: 1).Pendidikan anak-anak
di dalam Islam (2 jilid).1 dan 2.
Hukum zakat menurut empat mazhab, 3).Madrasah Duat, 4).Takaful Ijtimaei dalam
Islam, 4).Insurans Menurut pandangan Islam, 5).Pemuda Islam dalam menghadapi
serangan musuh, 6).Menolak keraguan yang didatangkan musuh.[3]
Beliau juga banyak menulis kitab
mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya yang berkaiatan dengan tarbiah Islamiah
sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati,
insyaallah akan jatuh ke hati. Di antaranya ialah: 1).Kepada Pewaris Anbiya,
2).Thaqafah Daeiah, 3).Ruhaniah Daeiah 4).Kisah Hidayah (2 jilid) 5).Sifat Jiwa
dan diri Daei.
Beliau telah meninggalkan sebanyak 43
karangan untuk umat Islam. Menerima Rawatan dan Tekun Menulis Dalam Keadaan Sakit
Setelah pulang dari menghadiri Nadwah di
Pakistan, beliau telah mengadu sakit di bahagian dada kepada salah seorang
doktor perubatan di Universiti Malik Abdul Aziz. Doktor telah mengesahkan
beliau mengalami penyakit di bahagian hati dan paru-paru. Beliau dimasukkan ke Hospital
untuk mendapat rawatan pakar. Beliau mendapat rawatan dalam masa yang agak
lama di hospital ini. Beliau meminta izin untuk keluar dari hospital bagi
menunaikan temu janji yang terpaksa dibatalkan semasa berada di hospital. Walaupun
dalam keadaan sakit, tugas menyampaikan risalah Islam tetap diteruskan dengan
bertenaga. Kesakitan pada paru-paru dan hati tidak menghalang beliau dari terus
aktif menyampaikan kuliah di Universiti dan majlis-majlis nadwah dan seminar.
Melupai kesakitan yang dialami demi islam tercinta.[4]
Beliau dimasukkan kali kedua ke hospital
yang sama setelah kesakitan yang dialaminya semakin kronik. Semasa dirawat di
hospital beliau banyak menulis bahan ilmiah sebagai ganti memberi kuliah di
luar di samping minat membaca kitab-kitab tetap diteruskan.
Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai
menasihati beliau supaya berhenti membaca dan menulis kerana ianya akan
menjejaskan rawatan dan menambahkan kesakitan yang dialami, tetapi Abdullah Nashih Ulwan hanya
tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan, selagi
tangan, mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan kepada dakwah
Islamiah wajib diteruskan. Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah
beliau akan terus menulis. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun,
beliau meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Keadaan ini
berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah.
4.
Karir Yang di
capai
Abdullah Nashih Ulwan memulakan
khidmat sepenuh masa sebagai pendakwah setelah pulang dari al Azhar. Beliau
telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang
pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai mata pelajaran
asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan. Seterusnya mata pelajaran
Tarbiah Islamiah ini menjadi matapelajaran teras yang wajib diambil oleh
penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria.
Beliau telah meletakkan matlamat
perguruan sebagai senjata tarbiah yang sangat berkesan dalam mendidik generasi
negara akan datang. Prinsip yang digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada
pelajar, mendidik mereka seperti mendidik anak-anak sendiri. Beliau telah
meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan, iaitu membawa dan
membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan beramal dengannya serta sanggup
melakukan apa sahaja untuk memenangkan Islam.
Semasa menjadi guru di kolej berkenaan,
Abdullah Nashih
Ulwan telah menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di
merata tempat, di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah
Universiti di Syria.[5]
Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah. Sepenuh
masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. Masjid-masjid di Daerah Halb sentiasa
melimpah dengan orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, di mana
sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah dan kuliah pasti dibanjiri ribuan
manusia. Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan
menjadikan beliau sebagai tempat rujukan.
Abdullah Nashih Ulwan turut berjuang
menghapuskan fahaman jahiliyyah dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan
cahaya hidayah rabbani. Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz
sebagai markaz tarbiah generasi pemuda di Syria. Kuliah yang disampaikan di
masjid ini ialah Feqh, Tafsir dan Sirah. Di samping memberi kuliah pengajian, Abdullah
Nasih Ulwan telah mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan
serta kemahiran uslub berdakwah.[6]
Hasil daripada tarbiah ini, lahirlah
ratusan generasi muda yang berakhlak mulia dan menjadi agen penggerak dakwah
Islamiah di Syria. Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di
merata tempat, Abdullah Nashih
Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai seorang yang
berbudi luhur. Menjalinkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan sentiasa
menjalankan khidmat masyarakat apabila diperlukan. Beliau juga mempunyai
hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama Syria serta menganggotai Majlis
Ulama Syria. Beliau sangat dihormati di kalangan mereka.
B.
Latar Belakang
Eksternal
Latar belakang eksternal adalah latar
belakang dari luar yang meliputi: kondisi social politi, kondisi sosial
intelektual, dan tokoh - tokoh yang mempengaruhinya.
1.
Kondisi Sosial
Politik
Dalam sejarah Islam
maka terdapat 5 (lima) tahap pertumbuhan dan perkembangan dunia pendidikan Islam.
Pertama, pendidikan masa Rasulullah SAW (571-632 H). Kedua, masa Khulafaur
Rasyidin (632-611 M). Ketiga masa Bani Umayyah di Damsyik (661-750 M). Keempat
masa kekuasaan Abbsiyah di Bagdad (750-1250 M ) dan Kelima pada masa jatuhnya
kekuasaan Khalifah di Bagdad (1250 - sekarang).
Dari kelima pase
tersebut Az-Zarnuji hidup seekitar abad 12 (591-640 H/ 195-1243 M), yaitu pada
masa/priode ke empat dari pada pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam.
Dalam catatan sejarah priode ini adalah priode kejayaan dan keeamasan peradaban
Islam pada umumnya dan pendidikan Islam pada khususnya. Pada masa ini
pendidikan Islam berkembang begitu pesat yang ditandai dengan munculnya
berbagai lembaga pendidikan, mulai dari tingkat dasar sampai tingkat perguruan
tinggi, diantaranya lembaga pendidikan tersesebut adalah Nizham Al-Mulk (457
H/106 M), madrasah An-Nuriyah al-Kubra yang didirikan oleh Nuruddin Mahmud
Zanki pada tahun 563 H/1167 M di Damaskus, Madrasah Al-Mustansiriyah yang
didrikan oleh Khalifah Abbasiyah Al-Mustansir Billah di Bagdad tahun 631 H/
1234 M, dan sekolah ini dilengkapi dengan fasilitas yang mencukupi pada
masanya. Dengan demikian dapat ketahui bahwa Az-Zarnuji hidup dalam lingkungan
yang memang bernuasa pendidikan yang mencukupi untuk membuat ia seoarang tokoh
pendidikan sepanjang sejarah.
2.
Kondisi Sosial
Intelektual
Para ulama yang dikategorikan sebagai
tokoh pendidikan yang hidup sebelum Abdullah Nashih Ulwan banyak jumlahnya.
Mereka banyak sumbangannya dalam pengembangan pemikiran pendidikan Islam
Diantara mereka ada yang menulis buku-buku dan risalah-risalah khusus mengenai
pendidikan.
Muhammad Ibnu Abd al-Salam Ibnu Sahnun
al-Tanawukhi al-Qirawani (202-256H/802-856M) menulis buku Adab al-Mu’allimin.
Itu adalah buku himpunan dari catatan ayahnya, ukurannya kecil dan hanya
terdiri dari halaman. Buku tertua dalam masalah pendidikan yang sampai ke zaman
ini. Di dalamnya membahas masalah dasar-dasar pendidikan dan pengajaran,
jugamembahas masalah kewajiban bagi seorang guru dan murid.
Setelah berjalan satu abad lamanya yaitu
pada abad keempat hijriyah (abad 10 Masehi), barulah muncul beberapa tokoh
pendidikan diantaranya Ali Ibnu Muhammad Ibnu Khalaf al-Qabisi
(324-403H/936-1012M), Abu al-Hasan Ali al-Mawardy al-Bashry
(364-450H/974-1058M), Yusuf Ibn Abdullah Ibnu Abd al-Bar al-Qurthuby
(368-463H/968-1063M), Husain Ibnu Abdullah Ibn Hasan Ibnu Ali Ibn Sina
(370-428H/980-1037M), Ibn Miskawaih (372- 421H/982-1039M).
Al-Qabisi menulis al-Risalah
al-Mufasholah li Ahwal al-Muta’alimin wa Ahkam al-Mu’allimin wa al-Muta’alimin.
Kitab tersebut terdiri atas tiga juz. Di dalam penyusunan kitab tersebut,
al-Qabisi sangat terpengaruh oleh Muhammad Ibnu Sahnun. Al-Qabisi menerangkan
tentang pentingnya pengajaran dan tanggungjawab pengarahan khususnya untuk
periode pertama (anak-anak). Al-Qabisi memaparkan juga tentang pengajaran untuk
anakanak putri dan mencukupkan pengajaran untuk mereka ilmu-ilmu yang bermanfaat,
sebagaimana membicarakan tentang hukuman dan hubungan antara para guru dan
murid, tidak ketinggalan pula membahas masalah kewajiban bagi para guru dan
kurikulum pelajaran.
Al-Mawardy al-Bashry
(364-450H/974-1058M) salah seorang Qadhi Bagdad yang paling ulung menulis buku
yang berkaitan dengan pendidikan Adab al-Dunya wa al-Din.
Ibnu abd al-Bar al-Qurthuby
(368-463H/968-1063M) seorang ahli hadis menulis yang berkaitan dengan
pendidikan Jami’ Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlihi wa Ma Yanbaghi fi Riwayatihi wa
Hamlihi. Kitab yang terdiri dua juz ini membahas masalah pentingnya
pengajaran dan kedudukannya dalam Islam. Ia membahas tentang pengajaran di masa
kecil dan urgensinya, sebagaimana membahas tentang perjalanan dalam mencari
ilmu, dan menjelaskan tentang metode pengajaran yang paling baik, kewajiban
guru, etikanya dan hakhaknya serta kewajiban murid terhadap gurunya. Semua itu
didukung dengan dalil-dalil dari al-Qur'an, Hadis, Atsar dan kisah-kisah para
ulama besar, disamping mengambil kesimpulan dan memberikan solusinya.
Ibn Sina (370-428H/980-1037M) seorang
ahli filsafat yang banyak memberikan saham dalam meletakkan dasar-dasar
pendidikan Islam, yang amat berharga sekali dan tidak kecil pengaruhnya
terhadap pendidikan Islam dewasa ini. Ibn Sina tidak menulis buku khusus masalah
pendidikan, akan tetapi pemikiran filsafatnya tentang konsep pendidikan
tersebar di berbagai karyanya yang tidak kurang dari 200 buah. Diantaranya al-Qanun
fi al-Tibb, al-Isyarah wa al-Tanbihat, ‘Uyun al-Hikmah.
Ibn Miskawaih (372-421H/982-1039M),
seorang Majusi yang masuk Islam, seorang ahli ilmu sastra, filsafat, kimia,
kedokteran dan sejarah. Banyak buku yang ia tulis, diantaranya yang berkaitan
dengan pendidikan adalah Tahdzieb al-Akhlaq.
Pada abad ke-lima hijriyah (abad 11 M)
muncul seorang ulama tasawuf, Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali
(450-505H/1058-1111M). yang menaruh perhatian besar terhadap pendidikan.
Karyanya yang menyangkut masalah pendidikan adalah Ihya al-‘Ulum al-Din ,
Fatih al-‘Ulum, dan Ayyuha al-Walad.
Pada abad ke-enam hijriyah (abad 11 M),
muncul Burhanuddin (w.591 H/1191M) dan al-Sam’any (W.592H/1192M). Al-Zarnujy menulis
buku Ta’lim al-muta’allim; Thariq
al-Ta’allum, sebuah risalah yang bernilai tinggi, yang membahas masalah
arti ilmu dan fiqih, niat dalam mencari ilmu, memilih ilmu yang bermanfaat,
belajar dari para guru yang mulia, sebagaimana membicarakan tentang menghormati
ilmu dan ulama, cara mengambil manfaat, pentingnya takwa dan wara’ dalam
mencari ilmu, juga membahas masalah hal-hal yang menimbulkan mudah hafal dan
mudah lupa
Al-Sam’any (W.592H/1192M) menulis kitab
yang berjudul Siyasah al- Shibyan wa Tadbiruhum dan Adab al-Imla’ wa
al-Istimla’.
Pada abad ke-tujuh hijriyah (abad 13 M)
al-Qadhi Badruddin Ibrahim Ibnu
Sa’ad Ibn Jama’ah (639-733H/1239-1333M) menulis kitab dengan judul Tadzkirah
al-Sami’ wa al-Mutakallim fi adab al-‘Alim wa al-Muta’allim. Sebuah kitab
yang paling lengkap tentang kewajiban guru dan etikanya, kewajiban murid dan
etikanya, dan hubungan antara keduanya, Ilmu yang mulai dipelajari bagi seorang
murid serta etika di asrama.
Pada ahir abad ke-tujuh hijriyah, yaitu
tahun 691 hijriyah (abad 13 M), Ibn Qayyim lahir dan setelah menjadi ulama yang
saat itu sudah masuk pada abad ke-delapan hijriyah (abad 14 M) mulai banyak
menulis kitab di berbagai disiplin ilmu, secara keseluruhan menurut Abu Zaid
karya tulis Ibn Qayyim berjumlah 96 kitab bahkan Hasan Ibn Ali al-Hijazy
mendata karya Ibn Qayyim 97 buah. Usianya 60 tahun (691–751 H/1291-1351 M).
Karyanya yang berkaitan dengan pendidikan diantaranya adalah Tuhfah
al-Maudud bi Ahkam al-Maulud (Hadiah kasihsayang dengan hukum-hukum untuk
anak yang baru lahir), ditulis sebagai hadiah dari sang ayah, Ibnu Qayyim untuk putranya,
Burhanuddin yang baru dikarunia anak.
Sebuah kitab yang dapat dijadikan
pedoman bagi orang tua yang peduli pendidikan dan hukum, karena di dalamnya
dibahas tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan bayi yang baru lahir, dari
masalah Aqiqah, potong rambut, memberi nama sampai mendidiknya. Sebuah kitab
yang membahas tentang perjalanan anak manusia sejak masih berbentuk Nuthfah
sampai masuknya surga atau neraka. Ibn Qayyim membagi pembahasannya menjadi 17
bab, dan mengkhususkan masalah pendidikan pada bab 15 dan 16. Dengan memberi
judul pada bab 15: Wujub Ta’dib al-Aulad wa Ta’limihim wa al- ‘Adl Bainahum
(Wajib mendidik anak dan mengajarinya, serta bersikap adil terhadapnya). Pada
bab 16: Fusul Nafi’ah fi Tarbiyah al-Aulad (Hal-hal yang bermanfa’at
dalam pendidikan anak).
Karyanya yang lain, Miftah Dar
al-Sa’adah wa Mansyur Wilayah al- ‘Ilmi wa al-Iradah (Kunci Rumah
kebahagiaan dan Penyebaran wilayah Ilmu dan kehendak) terdiri dua juz. Di dalam
juz satu (2004, Dar al-Hadis, Kairo, Mesir) membahas masalah ilmu dari halaman
61 – 239 (178 halaman). Ibn Qayyim menjelaskan panjang lebar tentang ilmu dan
kehendak serta kedudukannya, ilmu dan keutamaannya serta kebutuhan manusia akan
ilmu dan menjadi tanda kesempurnaanya, ilmu lebih utama dari harta, pembawa ilmu
adalah orang-orang yang adil.
Kitabnya Fadhl al-‘Ilm wa Ahlihi
(Keutamaan ilmu dan Para Ulama) pembahasannya berkisar masalah ilmu dan
keutamaannya yang didasari dengan 200 dalil. Bukunya al-Thib al-Nabawi
(Pengobatan cara Nabi), sebagai pedoman pendidikan jasmani karena membicarakan
masalah kesehatan dan masalah seksual. Al-Furusiyah (Pacuan Kuda) merupakan buku
pendidikan jasmani karena membahas masalah olahraga. Bukunya Madarij al-Salikin
(Tahapan Para Pejalan) merupakan buku pendidikan rohani karena pembahasannya
masalah pendidikan iman, akhlak dan kehendak.
Raudhah al-Muhibbin
(Taman Pecinta) sebuah buku pendidikan remaja karena pembahasannya masalah
cinta yang sedang melanda anak muda. Dan banyak bertebaran dalam karya-karyanya
kajian tentang masalah pendidikan dengan tidak spesifik. Hal ini sebagai bukti
perhatian yang sangat tinggi terhadap pendidikan.
3.
Tokoh Yang
Mempengaruhinya
Adapun tokoh – tokoh yang
mempengaruhinya adalah sebagai berikut:
1) Dr. Muhammad Walid
2) Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah, Sayyid
Qutb
3) Al-Ustaz Abdul Badi' Shaqar
(Rahimahumullah Jami'an).
4) Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.[7]
C.
Metode (
Corak ) Berfikir Abdullah Nashih Ulwan
Pemikiran dapat dianalisis dan
dirumuskan batasan-batasannya kedalam beberapa kategori”. Salah satu contoh ia
mencoba merumuskan batasan tentang pemikiran tradisional dalam islam yaitu
suatu pemikiran keislaman yang masih terikat kuat dengan pikiran-pikiran ulama
fiqh (hukum islam), hadits, tafsir dan tauhid yang hidup antara abad ketujuh
hingga abad ketiga belas. Sedangkan yang disebut dengan pemikiran islam modern
bahwa jaran-ajaran islam harus diterjemahkan secara rasional sehingga mampu
membangun dan bersaing dengan peradaban modern. Dengan kata lain berusaha
menghadirkan Islam dalam bentuk yang sesuai dengan perkembangan zaman.
Kategori diatas sering tercermin kedalam
pribadi seorang tokoh pemikir. Kemudian bagaimana seorang muslim dapat
dikatakan sebagai seorang yang berfikiran tradisional atau modern, maka dapat
dilihat dari hsil perenungan tentang keislaman.
Anak memerlukan metode yang tepat dan
sesuai dengan kondisi anak. Jika anak memiliki prestasi, ia perlu dipuji dan
diberikan hadiah untuk memotivasi agar prestasinya lebih meningkat. Motivasi
itu diharapkan dapat memberi peran yang besar dalam jiwa anak dan juga terhadap
kemajuan gerakannya yang positif, membangun potensi-potensi dan kecondongan
yang dimiliki anak. Jika anak melakukan kesalahan, pemberian pelajaran menjadi
suatu yang luas dan sangsi-sangsi itu diberikan melalui tahapan dan langkah-langkah.
Misalnya, pada tahap pertama memperlihatkan cemeti atau alat menghukum lainnya
sehingga anak dapat segera memperbaiki diri dan berusaha untuk berpegang kepada
yang benar serta memperbaiki perilaku mereka yang salah.
Jika anak masih melakukan kesalahan,
tahap kedua merupakan hukuman fisik pertama bagi anak. Dengan hukuman ini anak
akan merasakan bagaimana sakitnya sanksi dari tindakan yang salah. Dengan
demikian, jika kedua tahapan sudah dilalui dalam pengajaran ternyata cara itu
belum juga dapat meluruskan anak dan masih saja membangkang, perlu adanya
pukulan. Akan tetapi, pukulan harus sesuai dengan aturan syariat. Jangan sampai
pukulan itu menuruti hawa nafsu dan kemarahan serta keluar dari nilai–nilai
pendidikan. Memukul anak harus berkaitan dengan proses pendidikan hal yang
bersifat darurat, jangan sekalikali hanya untuk melepaskan rasa panas hati dan
emosi orang tua. Dengan demikian, hadiah dalam ukuran yang tepat serta hukuman
yang wajar akan bermanfaat bagi keberhasilan pendidikan.
Pendidikan agama Islam harus ditanamkan
sejak anak usia dini (kanak-kanak), karena pada masa usia ini anak berada dalam
proses pencarian nilai-nilai hidup yang sesuai dengan hati nuraninya. Pada usia
ini, seorang anak sangat rentan dengan pengaruh sekitarnya sebagai pengalaman
pertamanya dan peletak dasar-dasar kepribadiannya. Maka di sinilah letak
pentingnya pendidikan budi pakerti (akhlak) diberikan kepada manusia semenjak
ia kecil (kanak-kanak). Sehingga ketika ia dewasa, sudah mempunyai dasar-dasar
normatif yang sesuai dengan ketentuan Islam.
Dalam hal ini, tugas pendidikan bukan
meningkatkan kecerdasan saja, melainkan harus mampu mengembangkan seluruh aspek
jasmani maupun aspek rohani. Sebab pendidikan merupakan aktivitas dan usaha
manusia untuk meningkatkan kepribadian dengan jalan membina potensi-potensi
pribadinya, rohani (pikir, rasa, karsa, cipta dan nurani) dengan jasmani (panca
indera serta keterampilan-keterampilan).
Untuk membina dan mengembangkan
kepribadian anak, maka perlu dikenalkan dengan prilaku-prilaku yang sesuai
dengan ajaran Islam. Sehingga melalui pembinaan dan mengembangkan kepribadian
anak ialah dengan memberikan pendidikan budi pakerti (akhlak) ditanamkan sejak
lahir hingga dewasa.
Dalam skripsi ini penulis menganalisa
dan menyelidiki renungan-renungan atau pemikiran Abdullah Nashih Ulwan tentang
pendidikan anak. Corak pemikiran beliau mendukung terhadap ide modernisme dalam
islam yaitu dengan dibukanya pintu ijtihad bagi kaum muslimin dan menutup
rapat-rapat pintu taqlid sebagaimana Ajaran Ikhwanul Muslimin termasuk
pemikirannya tentang pendidikan jasmani yang berdasarkan Al Qur'an dan
As-Sunnah.
[1]
Abdullah Nashih Ulwan, Tarbiyatul Aulad fil-Islam, Terj. Khalilullah
Ahmas Masjkur Hakim, “Pemeliharaan Kesehatan Jiwa Anak”, ( Bandung :
Remaja Rosdakarya, Cetakan kedua, 1992 ), hal. 5.
[2]
Abdullah Nashih Ulwan, “Pedoman
Pendidikan anak ..............”, , hal. 542
[3]
Abdullah Nashih Ulwan, “Pedoman
Pendidikan anak ..............”, , hal. 542-543
[5]
Abdullah Nashih Ulwan, “Pedoman Pendidikan
anak ..............”, , hal. 542
[7]
Abdullah Nashih Ulwan, “Pedoman
Pendidikan anak ..............”, , hal. 544